Bandar Caracas bergelap selepas berlaku gangguan elektrik di 18 negeri di Venezuela. foto Agensi

CARACAS – Venezuela terpaksa bergelap lagi ekoran gangguan bekalan elektrik.

Sekurang-kurangnya 18 daripada 23 negeri negeri mengalami gangguan itu termasuk Caracas.

Menteri Penerangan Jorge Rodrigues mendakwa pemotongan bekalan elektrik itu disebabkan oleh “serangan elektromagnetik” dan pemulihan sedang giat dijalankan.

Pada bulan Mac, keseluruhan negara ini bergelap selama seminggu akibat gangguan bekalan elektrik dan rusuhan.

Satu lagi gangguan pada bulan April tetapi ia berlaku dalam beberapa jam.

Masalah gangguan elektrik adalah biasa di Venezuela – negara yang mengalami keruntuhan ekonomi dan krisis politik.

Presiden Nicolas Maduro dan pemimpin-pemimpin negeri telah menyalahkan ‘keganasan’ dan sabotaj oleh parti pembangkang dengan menuduh campur tangan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pembangkang pula mendakwa gangguan itu adalah hasil rasuah dan tiada pelaburan yang dibuat oleh Venezuela di bawah pentadbiran Maduro.

Sebelum ini, syarikat tenaga, Corpolec berkata, gangguan itu hanya membabitkan sebahaagian Caracas sahaja. – MalaysiaGazette