KUALA LUMPUR – WeddingMate Malaysia, platform dan aplikasi pertama perkahwinan terbaru yang menyediakan direktori vendor perkahwinan dan tawaran untuk semua kaum.

Ia dibangunkan bagi membantu industri perkahwinan di Malaysia dengan tujuan memudahkan pasangan yang merancang untuk berkahwin dan memberi peluang perniagaan kepada semua vendor perkahwinan.

Terdapat lebih 7,000 vendor perkahwinan di seluruh Malaysia dapat dikumpulkan di dalam WeddingMate dan ianya terdiri daripada perniagaan secara kecil-kecilan di rumah sehinggalah ke hotel bertaraf 5 bintang.

“Bagi pasangan yang merancang perkahwinan dengan menggunakan aplikasi WeddingMate semua pencarian atau maklumat tentang vendor menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa kerana sistem navigasi di WeddingMate telah kami susun dengan teratur berdasarkan pilihan kategori, lokasi atau “vendor berhampiran dengan anda”.

Pasangan juga boleh memilih dan berhubung terus dengan vendor perkahwinan yang mereka inginkan. Kata Mohd Shukri Adha pengasas dan ketua pegawai eksekutif WeddingMate.

Shukri berkata, industri perkahwinan di Malaysia ini sangat besar dengan jumlah pasangan yang berkahwin lebih daripada 200,000 setiap tahun dengan nilai pasaran lebih RM10 billion setahun.

“Buat masa ini kebanyakan vendor perkahwinan selesa dengan penggunaan platform media sosial untuk memasarkan perniagaan mereka.

”Jadi kami di WeddingMate ingin memberi kesedaran baru kepada mereka tentang platform kami sebagai platform pemasaran tambahan bagi mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka bersama kami.” katanya lagi.

Shukri menyarankan kepada semua vendor perkahwinan untuk menyertai WeddingMate secara percuma sekarang supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan era ekonomi digital yang baharu.

“Pada masa ini kami baru sahaja memperkenalkan ELYNA, pembantu perkahwinan alam maya pertama di Malaysia. ELYNA menggunakan kecerdasan buatan untuk memberi pengalaman baru kepada pasangan dengan membantu memudahkan pencarian vendor perkahwinan.

”Secara tidak langsung ia dapat memberi peluang tambahan kepada vendor perkahwinan untuk mendapat prospek pelanggan baru melalui penggunaan perkhidmatan ELYNA,” katanya.

Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, WeddingMate menyasarkan jumlah muat turun mencecah sehingga 100,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi yang akan datang.

Shukri berharap WeddingMate bukan sekadar platform direktori dan tawaran perkahwinan sahaja, tetapi lebih berinovasi untuk memberi impak atau nafas baru di dalam industri perkahwinan di Malaysia.

Muat turun “WeddingMate” kini tersedia di Apple AppStore dan Google PlayStore. – MalaysiaGazette