Xi Jin Ping. Foto: Radionz.co.nz

BEIJING – Presiden China, Xi Jin Ping memberi amaran keras kepada Taiwan bahawa negara itu akan berdepan hukuman yang tidak akan dilupai jika ia cuba membawa perpecahan di tanah yang dtuntut sebagai miliknya.

Taiwan merupakan salah satu isu paling sensitif untuk China.

Permusuhan antara China dan Taiwan memuncaksejak proses pilihan raya presiden, Tsai Ing-wen daripada parti progresif demokrasi pro kemerdekaan pada tahun 2016.

Walaupun Taiwan membentuk kerajaan sendiri dan masih enggan diiktiraf China, negara populasi terbesar dunia itu mengesyaki Tsai mahukan kemerdekaan secara rasmi dengan Tsai mendakwa pihaknya mahu mengekalkan status quo dan komited dalam menjamin keamanan serantau.

China marah dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani undang-undang yang membenarkan negara itu menghantar pegawai kanannya ke Taiwan untuk bertemu dengan rakan sejawatnya.

Amerika Syarikat tidak menjalin hubungan diplomatik formal dengan Taiwan tetapi undang-undangnya membolehkan membantu Taiwan mempertahankan diri dan menjadi pembekal senjata kepada pulau itu.

 

Dalam ucapan pada akhir sidang Parlimen China, Xi memberitahu lebih 3,000 perwakilan bahawa China akan berusaha untuk ‘penyatuan keamanan tanah air’ selain berusaha untuk warga Taiwan menikmati peluang pembangunan China.

“Ini adalah aspirasi bersama yang dinantikan rakyat China dan kepentingan asas mereka untuk melindungi kedaulatan dan kewibawaan Wilayah China sekali gus merealisasikan penyatuan semula secara menyeluruh.

“Apa-apa tindakan dan cara untuk memecahkan China akan gagal selain menerima kutukan rakyat diikuti hukuman berat,” katanya diiringi tepukan gemuruh ahli Parlimen.

“China mempunyai hasrat, keyakinan dan keupayaan menundukkan mana-mana pihak pemisah,” kata Xi.- Agensi