Penduduk Myanmar melakukan protes rampasan kuasa di Myanmar. foto agensi

SINGAPURA – Pemilik YouTube, Alphabet Inc mengesahkan telah membuang lima saluran televisyen yang dikendalikan junta tentera Myanmar daripada platform mereka.

Ini susulan keganasan dan rampasan kuasa yang sedang berlaku di negara tersebut.

“Kami telah membatalkan beberapa saluran serta membuang video-video berkaitan yang melanggar garis panduan komuniti dan undang-undang,” kata jurucakap YouTube dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Antara saluran yang dibatalkan itu adalah rangkaian televisyen negara, MRTV, Myawaddy Media, MWD Variety dan MWD Myanmmar yang dimiliki oleh junta tentera.

Kelmarin, sekurang-kurangnya 38 orang mati dan disifatkan hari paling berdarah dalam krisis negara itu. – Reuters