Sunday, September 29, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Daily Life – Pelitup Hidung dan Mulut #Covid-19

Kelihatan pasangan kekasih berpimpin tangan dan mengenakan pilitup hidung dan mulut sambil berjalan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di Selayang Mall, Selayang Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 20 OKTOBER 2020.

Daily Life – #PKPB Sekatan Jalan Raya KLIA-Bandar Enstek

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah KLIA, Asisten komisioner Imran Abd Rahman memeriksa pemandu kenderaan ketika di sekatan jalan raya Ops Covid-19 dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sempadan KLIA-Bandar Enstek, Nilai. foto MOHD ADZLAN, 20 OKTOBER 2020.

Daily Life – Aktiviti Sukan Dalam Tempoh #PKPB

Sekumpulan kanak-kanak india bermain bola sepak selepas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri membenarkan aktiviti bola sepak padang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkuatkuasa isnin ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 18 OKTOBER 2020

SAYA OKU Kerja ‘Nak Bantu Ibu’ Komplikasi Sakit Jantung dan Buah...

Orang kurang upaya (OKU), Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid, 23, membuat pertukaran dengan menaiki kerusi roda semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Kirara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 OKTOBER 2020

Daily Life – Kuala Lumpur Covid-19 #PKPB

Suasana lengang tanpa kehadiran pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 sehingga 27 Oktober depan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 OKTOBER 2020

Daily Life – PKPD Penghuni Asrama Tropicana Golf And Country Resort

Gelagat penghuni melihat jurugambar di ruang tingkap ketika tinjauan Malaysia Gazette yang melakukan aktiviti harian di rumah masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Isnin lalu di Asrama Tropicana Golf And Country Resort, Petaling Jaya, Selangor. foto MOHD AFIQ HAMBALI, 15 OKTOBER 2020.

Daily Life – Operasi Sanitasi Pasar Awam #PKPB #BOMBA

Anggota Bomba melakukan operasi sanitasi di sekitar pasar susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini sehingga 27 Oktober depan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 15 OKTOBER 2020.

Daily Life – Satu Meja Dua Orang!!!

Peniaga membuat notis untuk ditampal di atas meja makan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Medan Selera, Presint 8, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OKTOBER 2020

Daily Life – Tauke Pusat Refleksologi ‘Mati Kutu’

Pengusaha pusat refleksologi berehat sambil menunggu pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 OKTOBER 2020.

Daily Life – Puchong Prima

Kelihatan dua orang kanak-kanak meluangkan masa memancing pada waktu petang semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Puchong Prima, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 OKTOBER 2020