Sunday, September 29, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Daily Life – Solat Sunat Aidiladha, Masjid Putra

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2020.

Daily Life – Aksi dan Gelagat ‘Lembu Korban’

Sebahagian pemuda kampung kelihatan cemas untuk menyelamatkan diri selepas seekor lembu bertindak agresif selepas diturunkan daripada lori untuk dikorbankan sempena Aidiladha esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Ar-Rahman Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 JULAI 2020.

Daily Life – Buluh Lemang #HariRayaAidiladha

Peniaga sedang menyusun buluh untuk membuat lemang sempena persiapan terakhir Hari Raya Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.

Daily Life – Penjual Daging Segar #HariRayaAidiladha

Peniaga tepi jalan menjual daging kepada pelanggan sempena persiapan terakhir Hari Raya Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.

Daily Life – Solat Fardhu

Seorang pekerja pembersihan warga asing khusyuk menunaikan solat fardhu walaupun hanya di tepi jalan berikutan kerajaan masih belum membenarkan golongan tersebut berjemaah di masjid mahupun surau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 11 JULAI 2020.

Daily Life – Tabung Masjid ‘Pandu Lalu’

Para penduduk serta orang awam tidak melepaskan peluang untuk bersedekah pada tabung Masjid Kampung Nakhoda yang dibuat secara pandu lalu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Kampung Nakhoda, Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JULAI 2020.

Daily Life – Helikopter Terbalik

Pemain, Johny Lim, 58, meluangkan masa bermain pesawat helikopter kawalan jauh selepas pulang dari kerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Cheras Hartamas, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JULAI 2020

Daily Life – Undilah Calon Muafakat Nasional #PRKChini

Muslimat PAS dilihat memegang poster meraih undi dibahu jalan sempena Pilihan Raya Kecil N.23 Chini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bandar Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JUN 2020.

Daily Life – Norma Baharu Anak-Anak Orang Asli Chini

Gelagat kanak-kanak komuniti orang asli yang memakai penutup mulut dan hidung semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Kampung Batu Gong, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JUN 2020.

Daily Life – Balai Seni Negara #NormaBaharu

Pegunjung yang datang melihat hasil seni susulan pembukaan hari pertama Balai Seni Negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2020.