Sunday, September 29, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

01 Februari 2023 – Cuti Hari Wilayah Persekutuan

Orang ramai khususnya kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda pada cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rekreasi Suria KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2023.

Tarian Singa Kembar Curi Tumpuan #CNY

Kumpulan E-xin dragon lion dance membuat 'flashmob' tarian singa di tengah ibu kota bagi tujuan memperkenalkan keunikan adat warisan masyarakat cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 JANUARI 2023.

Kuala Lumpur 2023 #DailyLife

Orang awam memberikan makanan kepada burung-burung merpati ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2023.

Pelitup Muka #KLIA2

Orang ramai memakai pelitup muka meskipun tidak lagi diwajibkan berikutan kenaikan jangkitan Covid-19 serta Varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang kini dikesan dalam negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang. Foto HAZROL ZAINAL, 03 JANUARI 2023.

Kaki Palsu OKU #DailyLife

Kekurangan fizikal tidak menghalang seorang lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) menunaikan ibadah solat secara berjemaah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah sebuah surau di Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 DISEMBER 2022.

KualaLumpur2022 #DailyLife

Pekerja kontrak melakukan kerja hariannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2022.

Poster Tinggi Anwar #PRU15 #DailyLife

Poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di laluan Gugusan Manjoi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.

Orang Asli Suku Semai, Rosnorlina Bah Ali #DailyLife

Pengundi masyarakat Orang Asli Rosnorlina Bah Ali, 33, bersama anaknya Jervinliy Ramli, 9 bulan merupakan suku kaum Semai yang tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Sungai Lah, Chenderiang, Tapah, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2022.

‘Flashmob’ Jentera PN #DailyLife #PRU15

Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Esplanade Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.

Perang Bendera BN-PN-PH #PRU15

Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.