Sunday, September 29, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Rezeki – Usaha Lelaki Tua #DailyLife

Kudrat dan usaha seorang lelaki tua yang mengerah tenaganya menolak basikal untuk mencari rezeki dengan mengutip kotak dan besi terbuang untuk dijual di tempat kitar semula demi kelangsungan hidup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2022.

Laluan Pejalan Kaki ‘Penuh Barang’ Sukarkan Orang Buta

Orang awam membantu Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan untuk berjalan selepas laluan 'guidance block' pada trek pejalan kaki dihalang segelintir peniaga yang mendirikan gerai sekaligus menyukarkan orang buta untuk melaluinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 OGOS 2022.

Festival Nihon Matsuri Tonjol Budaya dan Citarasa Jepun

Kelihatan pengunjung meninggalkan mesej khas dan ucapan yang ditulis pada Festival Nihon Matsuri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 OGOS 2022.

Kudrat Tolak Jentera Membajak Sawah #DailyLife

Pengusaha sawah padi membajak kawasan sawah bagi memulih keadaan tanah sebagai persiapan sebelum benih padi ditabur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JULAI 2022.

Geng Tangkap Anak Ikan – Kampung Tok Raja #DailyLife

Tiga kanak-kanak asyik bermain di tali air sambil menangkap anak ikan pada waktu petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu. Foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2022.

KL2022 – Pengutip Kotak

Seorang wanita bersama anaknya menolak troli yang diisi dengan kotak semasa melintas jalan raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 JULAI 2022.

Pokok Hajat – Pantai Redang Sekinchan

Masyarakat Cina tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di 'pokok hajat' yang dihiasi dengan riben merah diikat menggunakan duit syiling Cina kuno selepas menulis keinginan mereka agar dimakbulkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Redang, Sekinchan. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2022.

Penggemar Reka Pakaian Animasi Cosplay Unik #DailyLife

Muhammad Fakir Asyraf (tengah) bersama Syed Hamizan (kiri) dan Syed Zulhimi (kanan) mengenakan pakaian animasi 'Cosplay' kegemaran mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tronoh, Perak. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JUN 2022.

Penghuni Pusat Jagaan Rindu Keluarga #DailyLife

Seorang warga emas sedang merenung di luar jendela di pusat jagaan warga emas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 18 JUN 2022.

Perabot Rotan Klasik Wai Kong #DailyLife

Pemilik kedai Perabot Rotan Wai Kong, Chong Yon Nam melakukan kerja-kerja menyusun kerusi kayu rotan untuk dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 JUN 2022.