Tag: Free Palestine
Sayu… Nasib Kanak-Kanak Palestin
Kanak-kanak Palestin yang mengalami kekurangan zat makanan atau penyakit kronik seperti kanser, menunggu bersama ahli keluarga di hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 24 Jun 2024. Foto AFP.
Protes Senyap Peduli Rafah
Peserta hadir ‘Protes Senyap Peduli Rafah’ anjuran Sekretariat Solidariti Palestin mengutuk dan mengecam serangan Israel ke atas Rafah di hadapan KLCC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 MEI 2024
Malaysia teguh perjuangkan Palestin
Malaysia teguh menggesa gencatan senjata dilakukan segera di Gaza dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab semalam.
Perarakan Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin
Sebahagian peserta berarak melepasi Menara Berkembar Petronas dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok pada Perhimpunan Mega Demi Palestin di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2024.
Malam Terakhir Piket ‘Kepung Demi Palestin’
Suasana peserta piket mengibarkan bendera Palestin menuntut genjatan senjata pada malam terakhir himpunan 'Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 31 DISEMBER 2023.
Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto AS
Peserta membawa sepanduk mengutuk kekejaman Zionis pada perhimpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.
Gabungan 50 Seniman Untuk ‘Colours For Gaza’
Pameran seni ‘Colours For Gaza’ yang berlangsung dari 14 hingga 21 November menggabungkan lebih 50 seniman tempatan dan antarabangsa dengan membawa mesej tersendiri sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin dan hasil karya tersebut dijual dan disumbangkan ke tabung bantuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Galeri Puteh, KL Eco City Mall. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2023.
Himpunan ‘White Coat’ Selamatkan Hospital di Gaza
Peserta himpunan 'White Coat Save Gaza Hospital' memakai pakaian putih untuk menunjukkan solidariti bersama doktor di Gaza bagi memperjuangkan hak mereka di bawah undang-undang antarabangsa di hadapan Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.
Program PLATFORM MG Suara Malaysia Untuk Palestin
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datum Corp International, Tengku Khairil Azwan bergambar kenangan dengan tetamu jemputan selepas penyerahan mock check sumbangan pada Program PLATFROM MG Edisi 2 Suara Malaysia Untuk Palestin di Pusat beli belah Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2023.
Penghantaran Pertama Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza #OpsIhsan
Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada tengah malam di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2023.