Tag: masyarakat Cina
Sambutan Tahun Baharu Cina #2024
Persembahan tarian naga ketika upacara keagamaan sempena menyambut Tahun Baharu Cina di Tokong Shui Yue Gong Guan Yin, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 FEBRUARI 2024.
Rumah Terbuka MCA Sempena Tahun Baharu Cina 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar selepas mengaul Yee Sang ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2024.
Makan Besar Malam Tahun Baharu Cina #2024
Tee Seng, 77, (tengah) bersama keluarganya menggaul Yee Sang semasa makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina ketika tinjauaan Malaysia Gazette di kediamannya di Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 09 FEBRUARI 2024.
Imran perkenal diri guna bahasa Mandarin, kekok ketika raih undi
Walaupun kekok menggunakan bahasa Mandarin ketika memperkenalkan diri di hadapan masyarakat Tiong Hua di kawasan bagan di sini, namun ia tidak menghalang Datuk Mohd Imran Tamrin untuk meraih undi.
LENSA MG | Pesta Budaya dan Warisan Cap Goh Mei
Persembahan gendang dua puluh empat perayaan pada Pesta Budaya dan Warisan Cap Goh Mei Kajang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalang Mendaling, Kajang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 FEBRUARI 2023.
Arnab Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina 2023
Masyarakat Tionghoa tidak melepaskan peluang membeli barangan sebagai persiapan akhir menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 21 JANUARI 2023.
Pokok Hajat – Pantai Redang Sekinchan
Masyarakat Cina tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di 'pokok hajat' yang dihiasi dengan riben merah diikat menggunakan duit syiling Cina kuno selepas menulis keinginan mereka agar dimakbulkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Redang, Sekinchan. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2022.
Pengundi Cina Gembira Jumpa Najib dan Calon BN Berkempen #PRNJohor
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional (BN) N.14 Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk cina bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Medan Selera 568, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2022.
Mah Hang Soon Bantu Kempen Calon Barisan Nasional #PRNJohor
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon bersama calon Barisan Nasional N.42 Johor Jaya, Chan San San beramah mesra bersama penduduk bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Plentong Baru, Masai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.
Muhyiddin dan Calon PN Mesra Dengan Masyarakat Cina #PRNJohor
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) bersama calon Perikatan Nasional N.09 Gambir, Mohd Solihan Badri (kiri) beramah mesra dengan masyarakat cina bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambar, Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.