Tag: PKPB
Gelagat Santa Claus Hiburkan Pengunjung di Musim PKPB
Santa Claus menggunakan cermin penghalang semasa bersama pengunjung bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sempena sambutan perayaan Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah pusat beli belah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 DISEMBER 2020.
PDRM, APAD Periksa Pematuhan SOP Pengendali Stesen LRT
Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor, ACP Zulkifli Adamshah (kiri) bersama Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Khairil Khalid (dua kiri) melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Operasi Pemeriksaan Bersepadu PDRM dan APAD di Stesen LRT Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 DISEMBER 2020.
Gelagat Kanak-Kanak Berkhatan Pada Cuti Persekolahan
Seorang ibu cuba menangkan anaknya yang berasa takut sebelum memulakan proses berkhatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti sekolah pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Batu 10 Jalan Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2020.
Daily Life – Pokok Krismas
Pekerja Kedai Bunga menyusun pokok krismas yang disimpan di dalam bilik berhawa dingin untuk dijual menjelang sambutan perayaan Hari Natal ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kedai Bunga Floristika Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 06 DISEMBER 2020
Daily Life – Pemandu Teksi Jual Air
Pemandu teksi, Nik Li Mohd Aluwi, 45, kelihatan gigih menjalankan perniagaan air minuman di bahu jalan selepas pendapatan sebagai pemandu teksi terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 DISEMBER 2020.
Adik ‘Tali Pinggang Merah’ Berlatih Taekwondo Secara Dalam Talian
Pelajar, Muhammad Ahnaf Khairul Syahmi dan adiknya Khairunnajah Khairul Syahmi mengikuti kelas taekwondo secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya di Salak Tinggi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 05 DISEMBER 2020.
Dekorasi Pokok Krismas Gergasi Jadi Tumpuan di Pavilion
Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar pada hiasan lampu berbentuk pokok Krismas dan dekorasi menarik sempena sambutan perayaan Hari Natal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 DISEMBER 2020.
Daily Life – Baju Sekolah
Gelagat kanak-kanak mencuba pakaian sekolah di salah sebuah gudang serbaneka ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 05 DISEMBER 2020
Pasangan Pengantin Selesai Diijabkabulkan Ketika PKPB
Jurugambar mengambil gambar pasangan pengantin Mohammad Shaiful Nizam Rohadi dan Nur Ayuni Abd Rahman dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada majlis resepsi pernikahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 DISEMBER 2020.
Rentas Sempadan Berakhir? Siapa Pula MB Perak | EDISI MG 2...
Polis dijangka menghentikan sekatan di jalan-jalan rentas negeri mulai Isnin ini. China Press melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pemansuhan larangan rentas negeri, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) di sesetengah negeri tidak akan dihentikan untuk menekankan kepentingan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

















