Tag: rewcastle brown
Tindakan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Terengganu tidak hormati institusi diraja
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata tohmahan terhadap Sultanah Terengganu adalah berunsur fitnah yang boleh menyebabkan nama baik dan reputasi Sultanah Terengganu tercemar dengan tohmahan tersebut.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh), atas alasan anak guamnya yang merupakan wanita warganegara Britain tidak berada di Malaysia.
Ia kesilapan yang tidak disengajakan – Rewcastle-Brown
Editor berusia 63 tahun yang memberi keterangan melalui persidangan video dari London itu berkata, petikan itu adalah berdasarkan ingatannya mengenai laporan berita yang dibaca pada tahun 2010, yang merujuk kepada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang menyebut bagaimana dia (Jho) mengenali Sultan Terengganu.
Rewcastle Brown masih dalam senarai tidak dibenarkan masuk Sarawak
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.