Kenyataan NUJ bersolidariti bersama wartawan akhbar Tamil dan meminta siasatan dan tindakan daripada Menteri Komunikasi.Gambar NUJ Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) mengambil serius tindakan ahli politik yang didakwa membuat serangan dan ugutan terhadap wartawan akhbar Tamil di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Athira Mohd Yusof berkata, NUJ bimbang dan mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan wartawan, P.Puvanesvaran dan M. Pavalam, yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Kami juga menyatakan solidariti kami kepada rakan-rakan seperjuangan kami dari akhbar Tamil dan juga Persatuan Wartawan India Malaysia (MIJA) yang juga merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selepas beberapa wartawan mendakwa mereka menjadi mangsa ‘serangan defamation’ oleh pemimpin dan ahli politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Athira, pihaknya meminta, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengambil maklum tentang perkara berkenaan dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang bentuk serangan peribadi terhadap wartawan selepas ini.

Katanya, kebebasan media dan keselamatan wartawan harus dilindungi untuk memastikan laporan berita yang bebas dan adil diteruskan.

“Kami (NUJ) juga mengesa semua pihak untuk menghormati proses siasatan yang sedang dilaksanakan oleh pihak polis dalam isu ini dan mengharapkan proses yang adil dan saksama diberikan kepada rakan seperjuangan kami untuk insiden yang menimpa mereka. – MalaysiaGazette