KUALA LUMPUR – Ratu rock Ella meluahkan rasa syukur kerana selesai berwukuf di Arafah di Mina semalam.
Ella, 57, berkata, dia dan suami telah berjaya menyempurnakan sebahagian rukun haji.
“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian dari Rukun Haji.
“Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama.
“Terbanglah ke sini mencari abadi, Terbanglah ke mari, mencari hakiki. Jagalah diri mu selalu. Selamat hari raya Aidiladha , Peace.Love.Rindu,” tulis di Facebook miliknya hari ini.
Awal tahun ini, Ella berkongsi impian bersempena kehadiran tahun baharu dengan berharap hasrat menunaikan ibadah haji dapat direalisasikan. – MalaysiaGazette