Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui dalam kejadaan bogel di laluan perusahaan Klebang 1, hadapan Kilang Warisan Impian Maju 2, Ipoh, Perak lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis tiba di lokasi selepas menerima makluman orang awam tentang kejadian pergaduhan yang mengakibatkan kematian.

Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen tetapi terdapat kesan luka pada dada, telinga dan kaki mangsa.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia.

“Disebabkan terdapat kesan tikaman, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan keterangan saksi-saksi akan dirakam.

Sehubungan itu, polis memohon ahli keluarga tampil untuk pengecaman identity mansa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes ini diminta memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat ASP Norshaharah Marzuki di talian 010-379 0508. – MalaysiaGazette