Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah dimuktamadkan.

Calon akan diumumkan secara rasmi esok (12 Jun 2024) pukul 9 malam, kata Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ia diputuskan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH yang melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional hari ini.

“Bagi maksud penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan untuk melantik Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Asraf Wajdi, Pengerusi Operasi Bersama PRK DUN Sungai Bakap mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang pula akan diketuai oleh Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Musa Sheikh Fadzir. – MalaysiaGazette