Nahas bas persiaran dengan treler mengorbankan empat nyawa daripada 39 penumpang di Rompin pada Ahad

KUANTAN- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang mangsa yang  mangsa terlibat dalam kemalangan bas persiaran dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada Ahad lalu masih menerima rawatan dan kini dilaporkan kritikal.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, mangsa merupakan anatara lima pesakit  yang masih menerima rawatan dan pemantauan ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Datuk Lukanisman Awang Sauni

Manakala tiga lagi pesakit menerima rawatan di Hopital Segamat, Johor dan di sebuah hospital swasta di Melaka.

”Insiden yang berlaku di Keratong Pahang, kita telah menerima maklumat di HTAA seramai lima orang telah dimasukkan di hopital tersebut di mana salah seorang pesakit dalam keadaan agak kritikal juga mengalami patah tulang.

“Seorang daripada mereka telah stabil namun masih tidak boleh bergerak kerana mengalami patah tulang vertebra manakala seorang lagi telah dipasang tiub dada kerana mengalami kecederaan paru-paru.

“Dua lagi masih memerlukan pemantauan kerana mengalami patah pada tulang vertebra dan tulang rusuk manakala seorang lagi diletakkan cervical colar kerana mengalami kecederaan tulang cervical,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  mengenai perkembangan terkini mangsa terlibat dalam nahas itu selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan  di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

”Di Hospital Muadzam Shah juga seorang mangsa menagalami patah tulang dan Hospital Segamat terdapat dua pesakit dan seorang lagi di hospital swasta di Melaka.

”Seramai lapan menerima rawatan manakala  27 mangsa yang terlibat dalam kemalangan  telah dibenarkan pulang setakat semalam (Is in),” katanya.

Dalam nahas pada Ahad lalu melibatkan  empat nyawa terkorban dalam kemalangan membawa 39 penumpang dalam sebuah bas persiaran yang dilaporkan merempuh treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga menghala ke Bahau sebelum terbalik.

Bas persiaran tersebut membawa 22 guru Sekolah Kebangsaan (SK)  Jeram dalam perjalanan dari Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Dalam tragedi itu, polis mengesahkan Dahlia Ahmad, 52, seorang guru agama sebagai mangsa keempat yang meninggal dunia malam tadi ketika menerima rawatan selepas melakukan pembedahan di Unit Rawatan Rapi HTAA.

Terdahulu mangsa ketiga pula merupakan penumpang dalam bas berkenaan dikenali sebagai Hamzah Ahmad, 60, yang bertugas sebagai Pembantu Operasi SK Jeram juga meninggal dunia.

Selain itu, seorang lagi guru wanita, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pula meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kedua bas juga disahkan maut ialah Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.- MalaysiaGazette