Foto X Kobe Chong.

KUALA LUMPUR – Pemain berdarah campuran yang berpangkalan di England, Kobe Chong dilaporkan berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Menerusi Instagram miliknya, Kobe kini berada di Kuala Lumpur dan dia bakal menjalani rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super pada Ogos ini.

Pemain yang memiliki kaitan dengan Malaysia melalui bapanya itu sudah lama memberikan isyarat yang menunjukkan dia berminat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya peringkat antarabangsa.

Kobe dia pernah dikaitkan dengan Sri Pahang FC setelah pemain itu berjumpa dengan presiden Pahang Rangers, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada Mei tahun lalu.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Kobe dan seorang lagi pemain iaitu Wan Kuzain hampir selesai dalam mendapatkan pasport Malaysia sekaligus dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Sebagai rekod, Kobe merupakan produk akademi West Bromwich Albion selain pernah bersama kelab Itali, Cagliari, di peringkat remaja.

Selain Kuzain, adiknya iaitu Wan Kuzri juga pernah menjalani latihan bersama skuad B-23 Tahun negara. – MalaysiaGazette