Sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, petang tadi.

KUALA LUMPUR- Sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.13 petang.

“Pesawat ringan dengan nombor pendaftaran 9M-ANA telah diperiksa dan tidak menunjukkan tanda-tanda kebakaran.

“Dua mangsa membabitkan juruterbang, Rolando Barba Jr, dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan, dilaporkan selamat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

juruterbang, Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan dilaporkan selamat

Terdahulu, seramai 23 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi terbabit membabitkan Balai bomba dan Penyelamat  Klang Utara, Pelabuhan Klang dan Klang Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast