Nurulhidayah (kanan) bersama Noraini. - FB Nurulhidayah.

KUALA LUMPUR – “Secara peribadi, saya percaya dan amat yakin, YAB Presiden UMNO mungkin berniat untuk bergurau (overwhelmed) dan tidak bermaksud merendahkan sesiapa tetapi kadang-kadang gurauan yang terlepas boleh memberi kesan yang berbeza kepada orang yang mendengarnya”.

Itu penjelasan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengenai rasa terkilan sesetengah perwakilan parti terhadap gurauan ayahnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tempoh hari kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad.

“Saya sangat setuju, soal fizikal atau usia seseorang tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan, lebih-lebih lagi apabila ia boleh mengguris hati ramai Wanita,” katanya yang juga Exco Wanita UMNO dalam hantaran media sosial hari ini.

Nurulhidayah juga turut memuatnaik gambarnya bersama Noraini yang mesra disapa sebagai Kak Ani.

“Satu perkara yang saya juga sangat setuju dengan luahan dalam kalangan Wanita UMNO adalah, jangan sesekali pandang kecil pada ‘jentera nenek-nenek’ ini.

“Perkataan nenek mungkin agak sensitif kerana ia melambangkan tidak berdaya lagi untuk berkhidmat atau memimpin. Kalau atuk-atuk masih boleh memimpin, kenapa tidak nenek-nenek?

“Mereka inilah antara tulang belakang UMNO yang paling setia, yang turun ketika susah dan senang, yang bekerja tanpa banyak meminta.

“Jika ada yang terasa hati, terutamanya Kak Ani (Noraini) sendiri secara peribadi, dengan rasa rendah diri dan terbuka, sebagai seorang anak, saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata / gurauan beliau di atas pentas PAU semalam.

“Saya sendiri ambil yang baik daripada teguran ini dan berjanji akan terus jaga hati sesama kita,” kata Nurulhidayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here