Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pelajar cemerlang sambil diperhatikan Datuk Rahmad Mariman (tengah) pada majlis Anugerah Tunas Inspirasi MAIM di Kompleks Falak Al-khawarizmi sempena program WRUR DUN Tanjung Bidara, Melaka hari ini.

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka memperkenal satu lagi inisiatif baharu menerusi Skim Bantuan Pelajaran Anak Asnaf yang melayakkan setiap bayi pasangan asnaf yang baru dilahirkan menerima RM3,000.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, skim bantuan berkenaan mula dilaksanakan sejak Jun lalu.

Beliau berkata, dalam tempoh dua bulan lalu, seramai 30 bayi asnaf di negeri berkenaan menerima manfaat bantuan itu.

“Setiap bayi asnaf yang baru lahir, kita akan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk kita masukkan bantuan RM3,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Tunas Inspirasi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Kompleks Falak Al-khawarizmi sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di sini hari ini.

Datuk Rahmad Mariman

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Seramai 89 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menerima anugerah pada majlis itu.

Rahmad menjelaskan, wang bantuan itu hanya boleh dikeluarkan daripada akaun SSPN itu selepas bayi berkenaan berumur 18 tahun.

“Selepas mengambil kira dividen yang bakal diterima dalam simpanan SSPN itu, jumlah yang tersimpan itu dijangka bertambah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri menerusi MAIM akan terus berusaha mensejahterakan rakyatmelalui pelbagai lagi inisiatif.
– MalaysiaGazzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here