Saifuddin Nasution Ismail (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Abdul Aziz Abdul Majid sambil disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail (kanan). Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr. Awang Alik Jeman.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September 2026.

Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis, selaras Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Aziz, 59, dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya telah ditempatkan di pelbagai jabatan.

Antaranya Jabatan Pengurusan, Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang kepolisan, beliau pernah memegang beberapa jawatan strategik dalam PDRM.

Antaranya Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Narkotik, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber dan Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu.

Bagi memperkukuh profesionalisme, beliau juga menghadiri pelbagai kursus dan seminar, termasuk The 8th International Symposium of Best Police Practice (Dubai, Emiriah Arab Bersatu) dan Intelligence Management Development Programme (Australia).

Saifuddin yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis berkata, berdasarkan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki, Abdul Aziz mempunyai kompetensi dan daya kepimpinan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Menurut beliau, lerajaan merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pelantikan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here