Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.

“Susulan itu, kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan,” kata beliau menerusi catatan di X pada Ahad.

Mengenai pertanian mampan, Anwar berkata negara menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.

Beliau berkata tambahan pula, Malaysia sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.

“Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here