Haji Murad karja terakhir novelis agung Rusia.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk menonton pementasan teater ‘Haji Murat’ karya sasterawan agung Leo Tolstoy di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula 26 Jun ini.

Novel penting dan juga terakhir karya novelis ulung Rusia itu mengisahkan perjuangan masyarakat Islam di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara menentang penaklukan Rusia.

Watak utama, Haji Murad mengetuai pemberonakan melawan kerakusan empayar Rusia yang dikepalai Tsar Nicholas I dan berlakunya pertembungan antara pejuang dan penjajah kerana ingin membebaskan keluarga tercinta.

Perdana Menteri berkata, Haji Murad mengambarkan rasa simpati Tol Tolstoy terhadap umat Islam di Dagestan dan memaparkan kezaliman yang kini berterusan di Palestin.

“Watak Hadji Murat adalah watak yang tersepit di antara dua kekuasaan yang zalim, dan bertindak semata dalam menyelamatkan keluarganya.

“Karya ini ternyata mengesankan tatkala ia menekankan betapa perang dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak yang jahat dan khianat.

“Tolstoy berjaya mewujudkan rasa dan sikap yang simpatetik melalui karyanya itu, apalagi kepada seorang pejuang dan wira umat Islam yakni Hadji Murat, terutamanya di saat dunia dirundung berat akan kezaliman dan budaya politik pemerasan yang kini berterusan di Palestin,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Tolstoy yang pernah dicalonkan sebagai pemenang hadiah nobel turut terkenal dengan karya besarnya yang lain seperti ‘War and Peace’ dan ‘Anna Karenina’ yang ditulis sekitar 1896 hingga 1904.

Pengkritik kesusasteraan Amerika Harold Bloom semasa membaca ‘Hadji Murat’ pernah menukilkan “my personal touchstone for the sublime of prose fiction, to me the best story in the world, or at least the best that I have ever read‘ (pandangan saya untuk fiksyen prosa yang agung, bagi saya cerita terbaik di dunia, atau sekurang-kurangnya yang terbaik yang pernah saya baca).

Komentar beliau mencipta semacam ribut di dunia kesusasteraan tatkala Bloom meletakkan ‘Haji Murat’ lebih tinggi berbanding karya Tolstoy lain termasuk ‘Anna Karenina’ dan ‘War and Peace’.

Haji Murad diarahkan oleh A. Wahab Hamza dan Aris Omar serta dibintangi oleh Che Kem, Kudin, Aed Omar, Helmi, Rose JUlia dan Anna Natasha.

Pementasan berlangsung selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).-MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here