Tahun lalu, PPTI menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM.

KUALA LUMPUR – Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI terus melakar kejayaan apabila mencatat peningkatan membabitkan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2023 iaitu seramai 243 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, jumlah itu meningkat 98 peratus daripada SPM 2022 seramai 123 pelajar.

“Untuk statistik, pelajar yang menerima ‘straight A’ pada tahun ini adalah seramai 243 pelajar di bawah PTTI berbanding tahun lalu iaitu seramai 123 pelajar di mana peningkatan sebanyak 98 peratus.

“Tahun lalu juga kami menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM dan ada peningkatan berganda tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi meraikan kejayaan itu, PTTI menganjurkan Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya, semalam.

PTTI menganjurkan Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024.

Pada majlis itu, seramai 564 pelajar dipilih menerima anugerah berdasarkan lima kategori yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Siti Farhana menambah, untuk Majlis Inspirasi SPM PTTI, pihaknya memberi anugerah kepada 564 pelajar dalam lima kategori.

Jelas beluau, kategori pertama adalah pelajar yang menerima straight A, kedua bagi pelajar yang mendapat semua A kecuali satu subjek.

“Kategori ketiga pula untuk pelajar yang mendapat 6A dan ke atas, keempat kami bagi kepada pelajar yang ada peningkatan daripada gagal ke A dalam mana-mana subjek dan kelima bagi pelajar yang ada peningkatan drastik dalam mana-mana subjek diambil untuk SPM,” katanya.

Sementara itu, turut hadir pada majlis itu ialah duta dan ikon PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal tanah air seperti Nabila Razali, Bella Astillah, Zaki Yamani, Alyssa Dezek. – MalaysiaGazete

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here