Pengarah CIDB Selangor, Heryanti Hilmi bercakap pada media selepas Operasi Penguatkuasaan Bersepadu CIDB (Selangor) di Setia Alam, Selangor . Foto SYADILA AMARI, 25 JUN 2024.

SHAH ALAM – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menahan 20 individu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari sebuah tapak pembinaan di Setia Alam, di sini, hari ini.

Pengarah CIDB Selangor, Heryanti Hilmi berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan pihak ke atas 122 pekerja asing dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu dengan beberapa agensi kerajaan lain di tapak projek dua blok bangunan kompleks komersial.

“Hasil pemeriksaan kita melakukan pemeriksaan ke atas 122 pekerja yang kita semak pendaftaran masing-masing, 20 orang dari jumlah itu merupakan pemegang kad UNHCR.

“Mereka tidak boleh bekerja di negara kita dan kita akan minta pihak berwajib mengambil mereka semula untuk tindakan selanjutnya.

“Kita memang tidak akan membenarkan pemegang kad UNCHR menjadi pekerja di tapak binaan di negara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Terdahulu Heryanti mengetuai Operasi Penguatkuasaan Bersepadu CIDB Selangor bersama lima agensi kerajaan lain.

Antaranya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here