Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

PETALING JAYA – Dua remaja berusia 15 tahun dan seorang pengawal keselamatan ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur di sebuah sekolah di Kota Damansara, di sini, pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, siasatan mendapati mangsa, 13, yang merupakan sekolah yang sama dengan suspek telah berkenalan melalui media sosial.

“Suspek kemudian datang bersama seorang lagi lelaki lain iaitu pengawal keselamatan sekolah mereka sebelum membawa mangsa menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran tidak dikenalpasti.

“Mangsa dibawa ke sekolah mereka sebelum dirogol oleh dua suspek remaja berusia 15 tahun itu kira-kira jam 12.50 tengah malam dalam bilik kelas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Shahrulnizam, seorang lagi suspek iaitu pengawal keselamatan yang berusia 24 tahun membantu membuka pintu masuk sekolah juga dipercayai telah mencabul kehormatan mangsa.

Tambah beliau, semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod jenayah kesalahan lampau dan kini mereka direman selama tujuh hari sehingga 2 Julai ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga hendaklah dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here