Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara asing mendakwa diliwat oleh kenalan gimnasiumnya di sebuah kondominium di Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, mangsa yang berumur 25 tahun membuat laporan polis pukul 9.57 malam semalam.

Jelasnya, kejadian berlaku apabila lelaki yang dikenali mangsa di gimnasium pada Mac lalu mengajak mangsa ke kediamannya untuk berborak.

“Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Petaling Jaya setelah suspek mengajak pengadu ke rumahnya untuk berbual-bual pada Khamis pukul 5 petang.

“Pengadu telah berjumpa dengan suspek di koridor kondominium dan pergi ke rumahnya untuk berbual-bual,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Shahrulnizam, ketika berada di kediamannya, suspek mula membuka pakaian dan menyentuh tubuh badan mangsa termasuk kemaluannya.

Kemudian suspek memasukkan kemaluannya ke dalam dubur pengadu.

“Pengadu tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar dengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan pengadu,” katanya lagi.

Shahrulnizam berkata, selepas kejadian mangsa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati terdapat kesan koyakan di duburnya. Mangsa telah dibenarkan pulang setelah rawatan selesai,” katanya lagi.

Beliau berkata, siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Shahrulnizam berkata belum ada tangkapan yang dibuat terhadap suspek.- MalaysiaGazette