Anwar Ibrahim ketika berucap sempena Majlis Peluncuran Program Akmpung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan tahun 2024 di kg. Chengal Lempong, di Kuantan hari ini

KUANTAN – Peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam sejarah perjuangan Islam perlu dihayati sebaiknya, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah itu sekali gus memberi impak dalam memartabat kedudukan Islam dan agenda dakwah itu perlu diseru kepada masyarakat.

”Peristiwa hijrah mengangkat martabat harakat kita, hijrah itu hanya bermakna jika baik akhlaknya, baik kerjanya, baik duniawi mahupun ukhrawi.

”Dalam menyambut hijrah perlu dihayati. Masalah umat ini kita banyak bicara berjuanglah berjihadlah tapi amalan kurang tapi dalam Islam kita perlu seru ke jalan-jalan baik.

”Ia memang diminta, sampaikanlah berita baik dengan baik ke arah kebaik bil hikmaharatul hasanah. Mesti seru dan menghayati, penghayatannya. Jadi atur dasar ekonomi madani, digital industri baru, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani peringkat Kebangsaan tahun 2024 di Kampung Chengal Lempong ,Balok  hari ini.

Ujar Anwar, kerajaan memilih untuk mengangkat ’lantai kampung’ di beberapa perkampungan di seluruh negara dijadikan Kampung Angkat Madani supaya komuniti tidak ketinggalan dalam arus pemodenan digital.

Beliau berkata, pelaksanaan tersebut kayu ukur penilai dasar yang dilakukan oleh kerajaan hari ini dalam usaha memajukan negara.

Pada majlis tersebut, Anwar menyampaikan mock cheque Sejati Madani  bernilai RM100,000 kepada JPKK Kampung Chengal Lempong dan geran RM100,000 kepada Persatuan Penduduk Kampung Chengal Lempong untuk membangunkan projek pelancongan dan hospitaliti.

Selain itu seramai 1,000 penerima sumbangan asnaf Parlimen Indera Mahkota serta 401 nelayan daerah ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob mewakii Menteri Besar Pahang, datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – MalaysiaGazette