Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, menutup pintu bilik saluran mengundi selepas jam 6 petang sempena kempen pilihan raya kecil dewan undangan N.20 Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 6 JULAI 2024.

NIBONG TEBAL – Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula 8 pagi  berakhir selepas sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran ditutup sepenuhnya pukul 6 petang tadi.

Sejurus ditutup ke semua peti undi daripada 65 saluran itu dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi.

Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya seawal pukul 8 malam.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, menutup pintu pagar pusat mengundi selepas jam 6 petang sempena kempen pilihan raya kecil dewan undangan N.20 Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 6 JULAI 2024.

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,151 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pilhan raya kecil kawasan itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya  Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut. – MalaysiaGazette