Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali bercakap kepada media mengenai isu Tuntut Hormati Perlembagaan Negara selepas perjumpaan khas Pimpinan NGO-NGO di Anjung Melayu, Dewan DPMM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR  – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang diingatkan supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan seperti yang sepatutnya rakyat Malaysia lakukan.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pangkat mahupun kedudukan tidak membenarkan sesiapa untuk menganggap perlembagaan sebagai perkara yang tidak wajib dipatuhi.

“Negara (kita) buat ketetapan negara ini berperlembagaan, (jadi) semua harus hormatinya. Tidak kira sama ada Tan Sri, tuan, encik atau ustaz.

“Kalau tidak mahu hormati perlembagaan atau ingin ajar anak-anak tidak terikat perlembagaan keluarlah daripada Malaysia, pulangkan kembali Tan Sri yang diberi penghormatan oleh negara kepada kamu tapi kamu langgar perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) & Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan seruan Kit Siang supaya ‘generasi muda’ tidak akur terhadap Perlembagaan Persekutuan, memandangkan ia bersifat berubah-ubah.

Kit Siang mendakwa, adalah penting untuk undang-undang dikemas kini untuk mencipta visi baru, selaras dengan perkembangan dan perubahan global.

Beliau dilaporkan berkata demikian demikian ketika hadir pada majlis anugerah biasiswa undang-undang Karpal Singh yang pertama di Theatre Impian pada 6 September lalu.

Terdahulu, kenyataan bersama NGO Islam yang dibacakan oleh Naib Presiden ISMA (Jabatan Dakwah), Muhammad Shahier Sa’min mengecam dan kecewa terhadap Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Naib Presiden ISMA (Jabatan Dakwah), Muhammad Shahier Sa’min bercakap kepada media mengenai isu Tuntut Hormati Perlembagaan Negara selepas perjumpaan khas Pimpinan NGO-NGO di Anjung Melayu, Dewan DPMM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

Mereka menyifatkan kenyataan Veteran DAP itu sebagai ancaman kepada negara yang tidak wajar dijadikan contoh.

“Kami amat kecewa dengan dakwaan LKS yang menyeru agar rakyat Malaysia tidak terikat dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab perkembangan teknologi Ai.

“Kenyataan ini dianggap sebagai berniat jahat dan cubaan untuk mengajak rakyat Malaysia agar melanggar Prinsip Rukun Negara yang Ketiga iaitu “Keluhuran Perlembagaan.

“Seruan LKS juga bersifat satu ancaman kepada negara kerana secara terang- terangan ingin mengajak rakyat Malaysia membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus melanggar Dasar Keselamatan Negara 2011-2025,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan kepada seluruh rakyat Malaysia yang wajib dipatuhi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap kata-kata veteran DAP  itu.

“Kami menyeru pihak berkuasa agar menilai semula kenyataan LKS, yang disifatkan sebagai satu perbuatan belot kepada negara dan jenayah serta wajar dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami juga bimbang kenyataan yang dibuat oleh LKS dalam satu majlis bersama anak muda akan menyemai pemikiran sonsang tentang kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Sementara itu Presiden Perkasa,  Syed Hassan Syed Ali menganggap pemimpin DAP sebagai anti perlembagaan.

Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali bercakap kepada media mengenai isu Tuntut Hormati Perlembagaan Negara selepas perjumpaan khas Pimpinan NGO-NGO di Anjung Melayu, Dewan DPMM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

“Saya lihat kesinambungan pemimpin DAP makin nyata sekarang. Dulu ada pemimpin DAP di Pulau Pinang membuat kenyataan bukan Melayu tidak perlu akur titah Agong, ini pun sudah jelas langgar perlembagaan.

“Sekarang kita lihat ini, yang kita bimbang saya nak pihak polis jangan tunggu laporan banyak, CheguBard sudah buat baru-baru ini jadi kita mahu kertas siasatan dibuka terhadap Kit Siang,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here