Polis memberkas seorang lelaki selepas menahan sebuah kereta kerana terlibat dalam penyeludupan rokok tanpa cukai di Jalan Salleh, Muar kelmarin

MUAR – Polis memberkas seorang lelaki selepas menahan sebuah kereta kerana terlibat dalam penyeludupan rokok tanpa cukai di Jalan Salleh di sini kelmarin.

Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabt Polis Daerah (IPD) Muar melakukan serbuan itu pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil permeriksaan terhadap suspek, 2, menjumpai pelbagai jenama rokok dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Sebanyak 830 kotak rokok, sebuah kereta, wang tunai dan sebuah telefon bimbit dirampas dalam operasi itu dengan nilai keseluruhan RM176,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

Tambahnya, ini temasuk akan dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.- MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here