KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan seorang isteri yang meminta cerai tanpa suami melakukan kesalahan ke atasnya, wanita itu diharamkan untuk masuk ke syurga.
Perkongsian itu dimaklumkan oleh Ustaz Azhar dalam sebuah video ceramahnya yang tular di media sosial.
Beliau turut memberitahu, golongan wanita seperti itu memiliki akhlak tidak baik.
“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.
“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.
Pendakwah kelahiran Terengganu itu turut menyenaraikan beberapa situasi atau perkara yang membolehkan isteri untuk berpisah dengan suaminya.
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.
“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya. Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka. Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” katanya lagi.
Sementara itu, Azhar juga menasihati golongan isteri untuk terus sabar dalam menghadapi dugaan serta ujian dalam perkahwinan. – MalaysiaGazette
Kalau suami ceraikan isteri tanpa isteri tu melakukan kesalahan ke atasnya kira haram tak? Masuk syurga tak?