Gambar hiasan.

TEMERLOH – Jumlah mangsa nahas di kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 31 Ogos yang membabitkan 11 kenderaan kini menjadi lima orang selepas seorang lagi mangsa terlibat dilaporkan meninggal dunia petang semalam.

Mangsa bernama Sebastian Seow Jhen, 18 merupakan pemandu Honda CRV yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.

Bapanya, Seow Beng Wain, 55 merupakan antara empat yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu termasuk Muhammad Nazatullah Nazmi, 32;  Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32; Muhammad Armaan Nazeef Muhammad Nazatullah, 4.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron ketika dihubungi mengesahkan kematian remaja terbabit.

Beliau memaklumkan mayat mangsa telah dibawa pulang ke Selangor bagi urusan pengebumian.

Sebelum ini, pihak polis memaklumkan bahawa kemalangan yang dilaporkan kira-kira 10.55 malam pada 31 Ogos itu membabitkan sebuah lori tangki yang membawa muatan simen, sebuah bas dan sembilan kereta yang bergerak ke arah timur.

Pemandu lori tangki simen yang turut mengalami kecederaan parah dalam tragedi itu juga telah didakwa atas empat pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dalam satu prosiding khas yang diadakan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

4 maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here