Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes saman 1MDB terhadapnya atas dakwaan penyelewengan dana syarikat, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 05 OGOS 2026. (Gambar fail).

KUALA LUMPUR – Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung hari ini.

Perkara itu disahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Sultan Ibrahim dalam mesyuarat sama turut berkenan membebaskan 65 banduan pada hari ini.

Semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan, menurut kenyataan itu.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkenaan melibatkan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

MalaysiaGazette pada 8 September lalu melaporkan Lembaga Pengampunan dijangka bersidang Jumaat ini dengan permohonan berkaitan tahanan rumah Najib dipercayai antara perkara yang akan diberi perhatian.

Artikel berkaitan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sebelum ini turut mengesahkan Lembaga Pengampunan dijadualkan bersidang pada pukul 8.30 pagi esok, namun enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun MalaysiaGazette dalam laporan semalam difahamkan agenda berkaitan permohonan Najib ditunda pada mesyuarat akan datang.

Artikel berkaitan: Agenda Najib dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan esok ditunda?

Terdahulu, dilaporkan Lembaga Pengampunan memulakan mesyuarat pukul 8.30 pagi tadi dan dipengerusikan Sultan Ibrahim.

Sebagai rekod, Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat kali ke-61 pada 29 Januari 2024 turut mempertimbangkan permohonan Najib.

Urus Setia Lembaga Pengampunan kemudian mengumumkan pada 2 Februari 2024 bahawa hukuman penjara bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

– MalaysiaGazette

Agenda Najib dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan esok ditunda?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here