MELBOURNE – Salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airline, MH128 yang dalam perjalanan dari Australia ke Kuala Lumpur malam tadi cuba merampas pesawat.

Akibatnya, pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne Tullamarine dan melakukan pendaratan kecemasan.

Lapangan terbang itu juga ditutup dan penerbangan lain terpaksa ditangguhkan.

MH128 berlepas dari Melbourne ke Kuala Lumpur pukul 11.11 malam tadi sebelum ada penumpangnya mendakwa membawa bahan letupan dan cuba memasuki kokpit.

Bagaimanapun cubaan itu berjaya dihalang penumpang lain membuatkan juruterbangnya sempat berpatah balik ke lapangan terbang.

Kini pesawat Malaysia dilaporkan berada dalam kawasan lapangan terbang sementara menunggu pasukan pemusnah bom tiba.

MAS mengeluarkan kenyataan malam tadi mengesahkan kejadian.

MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pukul 11.11 malam dan dijangka tiba di KLIA pukul 5.28 pagi ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.