Jamawi Jaafar

KUALA LUMPUR – Tiga individu hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga individu terbabit adalah Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohd. Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Menurutnya, mereka ditahan pada pukul 5 petang tadi oleh pejabat SPRM Sabah dan pejabat SPRM Tawau.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2009 hingga 2015,” ujarnya.

Difahamkan, mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk tujuan reman. – MalaysiaGazette

Ada tangkapan lagi kes rasuah Sabah hari ini – KP SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.