Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tang Hiang Lye (duduk kiri sekali) bersama Presiden PRM, Mohd. Hashim Saaludin semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tang Hiang Lye (duduk kiri sekali) bersama Presiden PRM, Mohd. Hashim Saaludin semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan menghapuskan hukuman mati dan menetapkan penduduk berusia 18 tahun sebagai pengundi.

Setiausaha Agung PRM, Tang Hiang Lye berkata, kedua-dua cadangan itu perlu mendapat pandangan majoriti rakyat terlebih dahulu sebelum dijadikan undang-undang.

“PRM mahu kerajaan membuat tinjauan pendapat orang ramai mengenai hukuman mati dan rakyat berusia 18 dan ke atas layak sebagai pengundi. Kami berpendapat orang ramai perlu membahaskan idea kerajaan,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PRM, Mohd. Hashim Saaludin dan Naib Presiden PRM, Janice Lee.

Menurut Hiang Lye, demokrasi bermaksud pendapat umum dan PRM mahu kerajaan membiarkan rakyat membuat keputusan.

“Idea Jabatan Perdana Menteri yang hukuman mati menyebabkan jenayah menjadi kurang ia perlu bagi membolehkan idea itu dibahaskan.

Pihaknya bimbang, pemansuhan hukuman mati menyebabkan semakin ramai orang terlibat dalam jenayah seperti kes dadah, pembunuhan dan banyak lagi.

“Kita tidak faham mengapa isu-isu yang sangat penting ini tidak diadakan debat awam dan diberi masa pertimbangan kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Baginya, bagi peraturan rakyat berusia 18 tahun layak mengundi, kerajaan perlu memastikan remaja mempunyai pendidikan yang betul mengenai politik terlebih dahulu.

“Remaja rata-ratanya tidak baik dalam mata pelajaran sejarah bagaimana kita mengharapkan mereka untuk mengundi?

“Kerajaan harus membayangkan idea membuat semua orang yang berumur 21 tahun dapat mengundi tanpa melakukan pendaftaran untuk mengundi,” kata Hiang Lye.

Apa yang berlaku, menurutnya, keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang mungkin membawa kehidupan rakyat menjadi lebih sukar.

Menukar peraturan harus membawa masyarakat menjadi kehidupan yang lebih baik dan mudah namun PH tidak menghormati pendapat rakyat, dakwanya.

“Kami ingin bertanya kepada kerajaan PH ini kenapa perlu mempercepatkan proses tersebut tanpa perbincangan yang sewajarnya,” berkata Tang Hiang Lye. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast