Seorang penyokong memegang poster ’tolak ICERD’ pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada 9 Dis (Ahad) sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk menzahirkan kecintaan kepada negara dengan mesej pentingnya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dipelihara.

“Insya-Allah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast