Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Daim Zainuddin percaya Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa segan-silu mengakui Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinannya adalah sebuah kerajaan pusingan U.

Dr Mahathir berkata, kerajaan akan membuat pusingan U apabila wujud keperluan terutamanya apabila membuat kesilapan dalam membuat keputusan.

“Kadang-kala kalau kita masuk jalan yang salah, kita pusing balik, hanya jika ada keperluan.

“Kita tak boleh lindungi rakyat, walaupun hampir semua kita (menteri) malaikat, tetapi kadang-kala malaikat pun buat silap.

“Bila malaikat buat silap, mereka akan pusing U juga. Kita tak perlu ikut orang lain

“Awak kata kita tak sepatutnya (buat pusingan U) kita tak perlu ikut awak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH), di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM), di sini, hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat BERSATU, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 08 DISEMBER 2018.

Beliau mengulas pelbagai kecaman dan jolokan yang diberikan kepada Kerajaan PH di media sosial sama ada pemimpin pembangkang mahupun netizen berhubung banyak keputusan ditarik balik selepas dikecam.

Tidak kurang pula banyak keputusan yang diumumkan Kerajaan PH baru-baru ini dilihat bercanggah dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai akta baharu untuk menyekat mana-mana wakil rakyat bertindak lompat parti, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, negara demokrasi tidak menghalang perbuatan tersebut.

“Kita adalah sebuah kerajaan yang demokratik, kita percaya dengan semangat demokrasi dan demokrasi benarkan katak untuk lompat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast