Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2018
Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Petuan Agong XV, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata mereka yang ditahan untuk siasatan itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 46 tahun.

“Penahanan kesemua individu itu dibuat selepas kami menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun laman sosial terbabit yang memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V,” katanya dalam sau kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga individu itu ialah Eric Liew, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast