Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) mengibarkan bendera sebagai gimik pelepasan misi bantuan pada Majlis Pelancaran Misi Bantuan RELA 2.0 dan Penyerahan Sumbangan di Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 10 NOVEMBER 2017,

PUTRAJAYA – Tibalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengingatkan kepada semua pihak agar tidak mempolitikkan isu banjir yang sdang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Beliau berkata demikian apabila masih ada pihak yang mempersoalkan tentang bantuan daripada kerajaan pusat yang dikatakan lambat tiba ke tempat-tempat dilanda bencana tersebut, terutama di negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

“Jika ada pihak yang mempertikaikan tentang kemampatan, kelambatan kerajaan persekutuan kerana kononnya dalam menyalurkan bantuan atau tidak menyalurkan bantuan, bagi saya kenyataan-kenyataan politik seperti ini tidak harus timbul.

“Apabila yang berhormat perdana menteri, dan saya sendiri serta menteri-menteri yang lain, agensi dan NGO yang memberikan bantuan turun segera ke lokasi-lokasi kejadian yang tiba lebih awal daripada kemenangisan, apabila pemimpin berkenaan (Lim Guan Eng) menelefon saya sendiri,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Sukarelawan Banjir RELA di Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya hari ini.

“Ianya misi bantuan (RELA) bagi menterjemah komitment kerajaan persekutuan, agensi dan NGO yang buta warna untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

“Kita lakukan perkara ini adalah kerana asas kemanusiaan yang tinggi tanpa mengira sama ada negeri itu dipimpin oleh parti politik yang berbeza dengan kerajaan pusat. Dan kita merasakan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.

Tambah Zahid, pihak pembangkang yang sering menunding jari kepada kerajaan pusat juga dilihat seolah-olah mahu menyembunyikan kelemahan pentadbiran mereka yang turut menjadi punca kepada berlakunya bencana banjir tersebut.

Ini kerana menurut Zahid, antara faktor utama kepada banjir besar di Pulau Pinang adalah daripada pembangunan yang tidak terkawal.

“Ertinya jangan jadikan seolah-olah kita bahawa mahu menuding jari kepada pihak lain dan kita tidak memperakui kelemahan diri sendiri. Sepatutnya perkara seperti ini, saya telah berikan amaran dari awal, jangan politikkan( isu banjir).

“Kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus diterjemahkan dalam apa juga bentuk dan jangan memanipulasikan perkara-perkara yang begini kerana kepentingan mangsa banjir dan rakyat keseluruhannya harus diberikan keutamaan.

“Dan saya juga merasakan apa yang berlaku adalah disebabkan pembangunan yang terlampau. Ertinya apabila kelulusan sesuatu projek pembangunan melebihi daripapa apa yang sepatutnya, ianya telah mengakibatkan kepada hakisan, dan runtuhan.”

Sementara itu, Angakatan Sukarelawan Malaysia(RELA) hari ini melancarkan misi bantuan banjir ke Pulau Pinang yang teruk terjejas sejak beberapa hari lalu.

Dalam misi tersebut, seramai 500 pegawai dan anggota terlibat serta aset yang terdiri daripada 19 lori, 17 van, 7 pacuan empat roda(4×4) dan satu kenderaan pelbagai guna(MPV).-MalaysiaGazette