KUALA LUMPUR – Kenyataan kononnya tindakan tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurunkan papan tanda berbahasa Mandarin boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini disifatkan hanya alasan atau dalih yang tidak boleh diterima.
Pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.
Apatah lagi, ujar Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN) berkenaan, tindakan penguatkuasaan yang diambil itu juga selari dengan Undang-Undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982.
Tegas beliau, undang-undang itu dengan jelas menyebut mana-mana papan tanda yang langsung tidak menggunakan atau menonjolkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dianggap menyalahi peraturan tersebut.
“Mana mungkin pelancong dari China menganggap tindakan DBKL itu sebagai sesuatu yang rasis dan mereka tidak mahu lagi datang ke negara ini.
“Jika keadaan sebenar diberitahu, pelancong dari China boleh memahami tindakan DBKL itu adalah wajar kerana premis terlibat telah melanggar peraturan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Semalam, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL menimbulkan rasa tidak puas hati serta wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.
Tambah King Sing, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
Terdahulu, media melaporkan DBKL minggu lalu, melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Kok Seong meminta semua pihak khususnya King Sing berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tindakan DBKL tersebut tidak dilihat menjurus kepada perkauman.
Dalam masa sama, beliau menggesa DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda yang melanggar peraturan penggunaan Bahasa Kebangsaan itu secara lebih tegas dan konsisten.
“Jika tindakan penguatkuasaan itu dilakukan secara konsisten, maka ramai pemilik premis akan menyedari mengenai peraturan ini dan mereka juga akan mematuhinya kerana memikirkan soal kompaun dan kos sekiranya perlu menurunkan papan tanda tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette
pelancong asing mana yang tak tahu bahasa kebangsaan negara Malaysia adalah bahasa melayu?? apakah mereka yang tidak tahu atau diberitahu maklumat palsu oleh pihak tertentu.. tak logik la papan tanda Malaysia gunakan bahasa rasmi negara asing.. tu bing4i namanya
Menteri pelancungan Tak tahu baca papan tanda bahasa Malaysia Dan gagal takbir kementerian sehingga terpaksa minta maaf dgn cina Dan jepun….harap dia pergi seluruh Dunia minta maaf berkaitan dbkl turunkan papantanda tulisan cina kerana bukan hanya jepun Dan cina sahaja pelancjng di Malaysia ini. Menteri gagal malukan PMX steady tapi Menteri sirang dah byk kontroversi dia buat berkisar cerita perkauman sahaja. harus diganti dgn Menteri yg lebih bijak Dari PH….
Jika mall apa pun jika mampu memberi perkhidmatan 5 atau 6 star, guna bahasa old galeic pun…dunia dr mana pun akan datang berkunjung. Jadi gunalah bahasa Malaysia, berbanggalah dgn identiti bahasa kita. Truly Asia, is truly Malaysia..
Bahasa Kebangsaan negara Malaysia adalah bahasa Melayu. Pelancong dari planet mana sekali pun akan faham perkara ini. Takkan lah kerana ketiadaan papan tanda dalam bahasa pelancong, maka mereka tidak mahu datang ke Malaysia. Kalau ‘ Keterbukaan dan keterangkuman pelbagai kaum ‘ di Malaysia itu yang dimaksudkan oleh YB Menteri, kita juga terpaksalah buat papan tanda dalam bahasa Tamil, Hokkien, Urdu, Hindi, atauArab, Afrika, Jepun, Eskimo, Latin Amerika dan sebagainya lagi, kerana ramai pelancong datang dari pelbagai negara. Lain lah jika pelancong dari negara Tiongkok ini telah diberikan maklumat yang salah mengenai kaum yang mendominasi pemerintahan, politik dan ekonomi di negara Malaysia ini. Sila teliti semula kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam mengujudkan permuafakatan, kebebasan, keamanan dan keharmonian antara kaum di Malaysia ini.
terbaik la Prof. Datuk Dr Teo, bagi sikit kesedaran pada mereka mereka yang tak menghormati bahasa kebangsaan ni.
sesiapa yang pernah melawat ke negara asing adakah kami nampak bahasa Malaysia sudah tentu tidak ada.makany Negara Malaysia adalah negara Tanah Perseketuan Tanah Melayu.
Kalau sudah melanggar undang-undang, berilah Saman, bahas dalam magkamah, bukan dewan.Perkara yang sudah menang dalam magkamah tapi bercanggah dengan undang-undanglah dibahas dalam dewan. Maka, dalam dewan, melanggar undang-undang tidak boleh digunakan sebagai sebab menyokong / membantah.
Pandangan ahli politik Dato Tiong King Sing hanya akan mencetuskan isu perkauman. Perlu berhati hati Dan bertanggungjawab dengan setiap kata kata yang diucapkan. asyik seronok mengejar pengaruh, kesejahteraan rakyat tergadai
Tanya pelancong yg tindakan menteri tu kerana dia tak bangga bahasa negara sendiri atau ia rasis kerana tdk perjuangkn bahasa Arab atau lain2 bahasa yg ramai juga pelancong.
Elok memertabatkan bahasa kita. Jika nak melayan setiap pelancong yg masuk. Agak² berapa byk bahasa, kita nak pakai @ paparkan. Bijak Dahulu, Bijak Sekarang, Jangan Terbulu², Lambat Laut akan ke longkang.
Dekat China sendiri semua papan tanda dalam mandarin. Pelancong datang ada tourist guides yang mana tak faham guide terangkan. Siapa suruh jalan sendiri kalau datang melancong. Google translate pun ada….
sekiranya hanya isu papan tanda membuatkan pelancong dari negara China tak nak datang lagi bagus.sebab ini bukan negara dia pun.hanya suku nya yang banyak membiak kat negaraku.dah bagi betis nak pulak peha.ini dah lebih.harap imigresen buat serbuan di setiap premis atau ladang yang menyimpan warganegara China yang dah masuk tapi tak keluar.puak ni kalau dah naik tocang nanti maka hilang kedaulatan negara.
menteri berkaitan perlu faham negara ini menggunakan bahasa rasmi bahasa Melayu..apa yang menteri berkenaan tidak langsung..klu PmX perlu gugurkan fan ganti orang lain yg faham.
satu dunia mengetahui bahasa kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu, manakala bahasa lain seperti Inggeris. Cina dan Tamil diguna oleh penduduk. Alasan yang menteri MOTAC beri sangat tidak masuk akal dan secara terangan mencerminkan apa yang ada dalam fikiran beliau.
saya fikir ada yang lebih layak memegang jawatan ini…
jelas perbezaan antara orang bijak dengan yang dibajak apalagi dipijak.
sebenarnya , mereka bagi kita tak laku pun dikedai pajak. semoga orang2 bebal begini dihilangkan tanpa jejak. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dan KELUHURAN PERLEMBAGAAN negara wajib diutamakan.
melancong ke negara lain ada ke papan tanda tulisan bahasa Melayu atau Jawi? kena lah faham bahasa dan budaya sesebuah negara tu. Saya sokong tindakan DBKL dan keyataan Prof.
kalau kita ke Negara china sekalipun ada ka ada bahasa melayu & jawi tertulis disana….fikir2 kan lah…sokong 300 % tindakan DBKL..& terima kasih atas kenyataan prof & sepatutnya menteri pelancongan kena lebih peka dlm membuat sebarang kenyataan.