KUALA LUMPUR – Kurang enam sahaja lagi pusat membeli-belah yang pertama di negara akan menamatkan operasinya namun suasana masih belum lengang.
Ramai pengunjung membanjiri Ampang Park Mall bersempena hari terakhir hari ini demi memberi laluan kepada pembinaan projek Stesen Mass Rapid Transit (MRT).
Hasil tinjauan MalaysiaGazette mendapati banyak kedai telah tutup namun ada yang masih berniaga untuk menghabiskan stok sebelum berpindah ke lokasi lain.
Jualan-jualan penghabisan stok dilakukan di luar kedai dengan separuh harga, malah ada juga yang lebih murah daripada itu.
Selain mengambil kesempatan untuk membeli barang pada harga runtuh, ada pengunjung yang mahu merakamkan kenangan terakhir berkunjung di situ.
Pusat membeli-belah itu bertempat di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak dibina pada 1973.
Ampang Park Mall juga menjadi pemangkin kepada pembukaan pusat membeli-belah negara yang masih beroperasi sehingga hari ini seperti Kompleks Pertama dan Sungei Wang di ibu kota. -MalaysiaGazette
Pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.
[…] (來源:Malaysia Gazette/Iqbal Basri) […]