Wanita dan kanak-kanak Rohingya terpaksa menyelamatkan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan operasi di negeri itu. foto Agensi

Beratus-ratus penduduk termasuk kanak-kanak Rohingya di Myanmar cuba untuk melarikan diri akibat tindakan keras tentera dengan menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Saksi dan pegawai Bangladesh mendakwa beberapa orang yang cuba untuk melarikan diri telah ditembak dan dibunuh.

Sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh dalam satu operasi tentera di negeri Rakhine, lokasi tempat tinggal komuniti Rohingya dalam tempoh satu bulan.

Aktivis berkata, beratus-ratus kediaman dibakar namun kerajaan menolak dakwaan tersebut. Wartawan asing pula tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Rakhine adalah lokasi bagi lebih daripada sejuta Muslim Rohingya – komuniti yang kerakyatannya tidak diiktiraf Myanmar.

Ketegangan berlaku antara penganut Buddha dan penduduk Islam berikutan serangan bulan lalu yang mengorbankan pegawai sembilan polis.

Sejak itu, tentera telah menutup bahagian negeri Rakhine dan tidak memberi pekerja bantuan dan pemerhati bebas masuk. Kerajaan Myanmar mendakwa berlaku keganasan dan beberapa anggota pasukan keselamatan telah terbunuh.

Sekitar 100,000 orang Rohingya masih tinggal di kem-kem selepas keganasan meletus pada tahun 2012 memaksa mereka untuk meninggalkan kediaman masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast