Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada mukasurat 4, 14 dan 15 seperti yang diedarkan hari ini. Foto AIZAT ZAINAL, 24 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan tegas dan serta -merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

Malah siasatan terperinci juga sedang dijalankan.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Tambah KPM, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Siasat juga kalau2 kementerian ni cuba nak cover kesalahan dua suratkhabar cina yang dengan sengaja mempersendakan jalur gemilang tersebut?

  2. bukan tidak sengaja tapi amat di sengajakan dan perbuatan itu teramat kurang ajar mencabar undang² negara.wajib menteri pendidikan dan mereka yg sengaja menyiarkan bendera yang cacat kepada dunia terutama di media² sosial di lucutkan jawatan segera & di kenankan tindakan sekerasnya
    perbuatan telah di lakukan..LUCUT SEGERA JAWATAN MENTERI PELAJARAN & SEKUTU BABINYA !!!

  3. Mengharapkan kecerdasan buatan melakarkan imej tanpa memberikan “prompt” yang secukupnya, tidak akan menghasilkan imej yang di sasarkan.

    Peringatan penting oleh penyedia AI adalah: “AI boleh buat silap. Semak dulu Info yang penting” dan ianya jangan diambil mudah.

Comments are closed.