Vladimir Putin adalah individu paling berkuasa di dunia bagi tempoh empat tahun berturut-turut, manakala Donald Trump pula berada pada kedudukan kedua.
“Presiden Rusia itu mempunyai pengaruh di setiap sudut dunia. Dari ke Syria pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Putin terus mendapat apa yang dia mahu,” menurut majalah Forbes.
Pemimpin Rusia yang berusia 64 tahun itu “tidak dikekang oleh norma global konvensional dan kedudukannya telah diperbesarkan sejak kebelakangan ini, kata Forbes.
Forbes berkata, Trump yang bakal mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat seolah-olah “mempunyai imuniti skandal, di Kongres dan harga peribadi bernilai berbilion-bilion”.
Trump, yang dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat bulan lalu, berada pada kedudukan ke-72 pada tahun 2015 dalam kedudukan kuasa Forbes.
Tempat ketiga pula adalah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Barack Obama yang berada pada kedudukan kedua pada tahun 2015, jatuh di tangga 48.
Presiden Xi Jinping pula berada kedudukan keempat dan kelima pula Pope Francis. – MalaysiaGazette