Presiden Barack Obama memberi amaran kepada Donald Trump berhubung provokasinya terhadap China dengan mendekati Taiwan.
Beliau meminta Trump berhati-hati dengan pendekatannya ke atas gergasi Asia dan meneruskan polisi sedia ada dengan baik.
Trump yang bakal menduduki White House pada 20 Januari ini telah memecah tradisi empat dekad diplomatik Amerika Syarikat (AS) dengan mencadangkan pendirian ‘Satu China’ dikaji semula.
Cadangan itu dibuat selepas Trump berhubung melalui telefon dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen.
Beijing selama ini mengisytihar Taiwan adalah sebahagian dari wilayag berdaulatnya, melahirkan kemarahan dengan tindak tanduk Trump.
“Idea ‘Satu China’ adalah konsep sebagai sebuah negara.
“Oleh itu, jika anda mengalihkan pemahaman ini, anda perlu berfikir apa akibatnya kerana China tidak akan melihat isu itu seperti isu-isu lain.
“Ini adalah teras bagaimana mereka melihatnya dan tindak balas mengenai isu ini boleh berakhir dengan sangat signifikan,” katanya. – MalaysiaGazette