
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini.
“Tahniah pelajar PT32016 yang dapat keputusan cemerlang hari ini, terima kasih guru2 & ibu bapa yg mendidik.
Teruskan usaha agar kekal cemerlang,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitternya.
Seramai 432,514 calon di seluruh negara menduduki peperiksaan itu pada tahun ini. – MalaysiaGazette