Badan Pilihan Raya Amerika mengesahkan Donal Trump sebagai presiden ke-45 negara itu.
Enam minggu selepas mengalahkan pesaing Demokratik, Hillary Clinton, jutawan hartanah itu disahkan memperoleh 306 undi, lebih daripada majoriti mudah 270 undi.
Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini bagi menggantikan Barack Obama.
Pengesahan itu sekali gus meranapkan usaha pihak-pihak yang masih menaruh harapan untuk menyekat Trump melangkah ke White House. – MalaysiaGazette